9/25/2009

Tahniah...Perjumpaan Hari Raya 09

Tahniah kerana pertemuan Alumni Keroh telah berjaya diadakan pada 24 Sept 09. Syabas kepada penganjur yang telah bersusah payah untuk memastikan lepasan SKM Keroh dapat bertemu kembali dalam suasana yang berbeza berbanding zaman kalian masih bersekolah. Sekalong tahniah saya lontarkan bersama dengan Syair ini. sila edit.


Pantai harap

Warna pepasir tersirat lembut di sudut bias kamarku
Mengalunkan suara ombak gemersik...yang sabar membelai pantai
berlapis sendu pada wajah cakrawala.
Ada setitik rindu yang terbercak pada masa lalu...
tataplah lukisan pada lekukan pasir putih dan kulit penyu,
tersaput pada senja di ambang jendela hati ini….
dan ada seuntai harap yang memudar pada kelupasan harap.
terpantul sinar matamu yang kian serlah bercahaya....
opps..."Kelmarin..kau lantunkan sebait kejayaan yang tersipmul dari ujung jenaka"

bahagianya aku menyaksikan.
hari ini "memantulkan ukhwah yang tak pernah tembus dalam hayat masa…"
Lalu kita mulai lelah dan duduk bersandingan didada waktu
yang bertahun tersengat cahaya lampu temaram.
Dan kulihat..

..ada rindu yang menggeliat di pelupuk mata kita,
yang menghantar kita pada mimpi jaga
di kala ombak pantai ini sabar menghambur buih mesra,

disepanjang pantai ukhwah
usaikah semuanya?...
yang masih terpendam dibilahan rindu ini....

Salam rindu dari Cg Zul. Sila ziarah blog Ana. http://e-deen.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

SAMPAIKANLAH KEBAIKAN, MOGA BERMANFAAT