3/30/2009

ayahku tiada gantinya..


bacalah ye...sama2 kte hayati sepintas lalu..

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yangterbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti"...Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnyatermenung rasa kebingungan.Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu,terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan :"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Siayah,yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkanibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadiberkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dansepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapawajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi bongkok?Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali.Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini."Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasaakan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganyamerasa aman, teduh dan terlindung.""Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.""Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".."Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannyaberbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya.""Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya"."Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dansituasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikanperlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.""Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.""Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalahi steri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baiksuka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri,agar tetap berdiri,bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.""Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang bongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya,kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.""Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, mengambil wudhuk, solat dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggamdan mencium telapak tangan ayahnya."Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
Note: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada,jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin

assalamualaikum...


Teristimewa buat tatapan rohani keluarga Sek. Men. Keb. Keroh semua...

Apa khabar iman kita hari ini?

Apa rancangan kita hari ini, esok dan seterusnya?

Dah ada perancangan rapi? Alhamdulillah, teruskan perancangan anda..

Kerana orang-orang yang berjaya sentiasa merancang dan yang paling berjaya adalah orang yang sentiasa memastikan perancangannya berlangsung dengan jayanya..

Bagi yang belum merancang, jangan kecewa atau berputus asa, kerana sesungguhnya masih belum terlewat untuk kita memulakan langkah...Jangan sesekali takutkan kekalahan, kerana kekalahan mengajar kita jalan menuju kemenangan...
Sahabatku...

memulakan langkah memang perit.. bertatih... jatuh.. dan bangun semula.. kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan, terasa diri kembara sendirian.. impikan kecemerlangan tapi diri tak tahan ujian... jangan mudah menyerah kalah duhai sahabat... selagi nadi masih beralun, gandakan usaha dan tanamkan tekad... semuanya telah tersergam indah di depan mata... cuma menunggu masa untuk dikecapi bersama.. apa yang paling penting, mulakan langkah pertama..


ALLAH berfirman, maksudnya : Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubahnya sendiri...


Ayuh sahabatku, kita bersama menuju kecemerlangan...