3/30/2009

assalamualaikum...


Teristimewa buat tatapan rohani keluarga Sek. Men. Keb. Keroh semua...

Apa khabar iman kita hari ini?

Apa rancangan kita hari ini, esok dan seterusnya?

Dah ada perancangan rapi? Alhamdulillah, teruskan perancangan anda..

Kerana orang-orang yang berjaya sentiasa merancang dan yang paling berjaya adalah orang yang sentiasa memastikan perancangannya berlangsung dengan jayanya..

Bagi yang belum merancang, jangan kecewa atau berputus asa, kerana sesungguhnya masih belum terlewat untuk kita memulakan langkah...Jangan sesekali takutkan kekalahan, kerana kekalahan mengajar kita jalan menuju kemenangan...
Sahabatku...

memulakan langkah memang perit.. bertatih... jatuh.. dan bangun semula.. kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan, terasa diri kembara sendirian.. impikan kecemerlangan tapi diri tak tahan ujian... jangan mudah menyerah kalah duhai sahabat... selagi nadi masih beralun, gandakan usaha dan tanamkan tekad... semuanya telah tersergam indah di depan mata... cuma menunggu masa untuk dikecapi bersama.. apa yang paling penting, mulakan langkah pertama..


ALLAH berfirman, maksudnya : Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubahnya sendiri...


Ayuh sahabatku, kita bersama menuju kecemerlangan...

No comments:

Post a Comment

SAMPAIKANLAH KEBAIKAN, MOGA BERMANFAAT