6/16/2010

PERUBAHAN TEMPLET


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, masih diberi keizinan olehNYA untuk meneruskan kehidupan di Bumi Tuhan. Alhamdulillah.


Apa khabar warga Keroh sekalian? Moga dalam jagaanNYA sentiasa. Kami, alhamdulillah, sihat.


Baiklah, berkenaan dengan perubahan templet blog Alumni Keroh ini.


Kami memilih latar belakang pantai yang tenang, dengan harapan semoga kita boleh mengambil 'ibrah'/pengajaran daripada resam pantai yang sentiasa setia dan kuat, walau sentiasa dihempas ombak yang besar. Walau sudah terhakis akibat rempuhan ombak, pantai tak pernah berganjak. (^_^). Pantai tak pernah lupakan ombak, tetap ia bersama dengan ombak, tanpa dendam yang kesumat.


Insya'ALLAH, semoga kita jadi seperti pantai. Yang sentiasa setia dan kuat!


(sekadar monolog penulis tatkala memilih latar belakang tersebut)


*UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA*

6/11/2010

nilai sebuah kehormatan


Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang.


Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya,

"Bang, mahu beli kuih, bang ?"


Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".


Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?"


Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."


Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya.


Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.


Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?".


Kali ini pemuda itu merasa serba salah untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah.


Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."


Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.


"Kenapa dengan budak kecil ini? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"


Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".


Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.


Akhirnya, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.


Semoga cerita di atas menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi alpa kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh sungguh, pastilah akan memberi makna.


*UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA*

6/09/2010

tenanglah


Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Mas’ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."


Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."


Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini .... sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya:


"Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."


*UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA*

6/02/2010

HIDUP BERAGAMA


Kehidupan dunia adalah jambatan menuju kea lam akhirat yang kekal abadi. Malah Rasulullah sendiri menyifatkan kehidupan didunia ibarat pengembara seperti sabda baginda yang bermaksud,
“Apalah erti dunia bagiku. Hubunganku dengan dunia ini laksana seorang pengembara yang sedang berjalan di bawah terik matahari. Tiba-tiba kelihatan sebatang pohon, lalu pengembara berteduh sejenak di bawah bayangan teduhannya. Sesaat kemudian, si pengembara akan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.” (Riwayat Tirmizi)


Luqman al-Hakim seorang ahli hikmah yang namanya tertera dalam Surah Luqman pernah ditanya oleh anaknya, “ Apakah satu benda yang paling baik dimiliki setiap orang?”

Luqman menjawab, “ Agama.”

Si anak bertanya kembali, “Jika dua?”
Ujar bapanya, “Agama dan harta.”

“Jika tiga?”
“Agama, harta dan sifat malu.”

“Jika empat?”
“Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.”

“Jika lima?”
“Agama, harta, sifat malu, akhlah yang baik dan sifat dermawan.”

“Jika enam?”
Lantas Luqman menjawab, “Wahai anakku! Jika kelima-lima perkara ini terkumpul pada diri seseorang, maka dia akan menjadi seorang yang bersih dan terpelihara ketakwaannya serta selamat daripada godaan syaitan.”

Demikianlah pandangan hidup yang realistik dan amat relevan untuk mengangkat martabat dan maruah seseorang manusia dalam kelompok masyarakatnya. Semua nilai baik itu terkandung dalam agama Islam yang harus menjadi cara hidup manusia. Dengan agama, manusia bakal memiliki kekuatan rohani, moral dan mental untuk mengharungi cabaran hidup sehingga dapat menyesuaikan diri dengan segala keadaan hidup yang penuh denagn onak dan duri.


Seorang penyair arab pernah berkata, “Alangkah indahnya hidup ini apabila terhimpun agama dan harta pada diri seseorang manusia. Dan alangkah malangnya apabila terkumpul pula kekufuran dan kemiskinan dalam diri seseorang manusia.”



*UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA*

6/01/2010

REUNION EX-KEROH


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat sentiasa hendaknya, insya'ALLAH.


Alhamdulillah, hari ni cuba untuk jadikan lebih baik dari sebelumnya.. Moga ALLAH permudahkan, aminn.


Baiklah, dikesempatan yang ada, nak buat satu pengumuman :


PERKARA : JEMPUTAN KE MAJLIS PERTEMUAN BEKAS PELAJAR SMK KEROH, KUALA KRAI, KELANTAN

TARIKH : 4 JUN 2010 (JUMAAT)

MASA : 3-5 PETANG

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENYUMBANGKAN MAKANAN ATAU LAIN-LAIN PERKARA, AMAT DIGALAKKAN. (^_^)

BOLEH HUBUNGI URUSETIA MAJLIS UNTUK TINDAKAN DAN PERHATIAN, INSYA'ALLAH (AZROY : 013-6352742)


sekian dimaklumkan.


Jadi, kepada sesiapa (alumni SMK Keroh) yang berkesempatan, berkelapangan untuk hadir, bolehlah datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis..


UKHUWWAH KITA KERANA ALLAH..Wassalam