7/01/2009

wanita, dirimu amat berharga..




Batasan Penampilan Wanita. Selamat Membaca Wahai Wanita Beriman!

1. Bulu kening- Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian- “Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada- “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. “An-Nur : 31

5. Gigi- “Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. “Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan- “Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan- “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata- “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)- “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32. Sabda SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan- “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” An Nur : 31.”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” Riwayat Al Bazzar. “Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian- “Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab : 59.

12. Rambut- “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
Riwayat Bukhari dan Muslim.

MUSLIM : Hidup Dengan Penuh Cabaran


Terdapat riwayat yang shahih bahawa Rasulullah SAW bersabda; ertinya :
" Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cubaan),
Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat. "
Silsilah Hadith Shahih No. 2276

Hadith ini merupakan hadith yang menjelaskan sifat-sifat orang mukmin, sifat-sifat yang senantiasa melekat dan menyatu dengan diri mereka, tiada pernah lepas hingga seolah-olah pakaian yang selalu menempel pada tubuh mereka dan tidak pernah terpisah dari mereka.

Mufattan
Ertinya : Orang yang diuji (diberi cubaan) dan banyak ditimpa fitnah.
Maksudnya : (orang mukmin) adalah orang yang waktu demi waktu selalu diuji oleh Allah dengan bala (bencana dan dosa-dosa).
Faid-Qadir 5/491

Dalam perkara ini, fitnah (cubaan) itu akan meningkatkan keimanannya, memperkuat
keyakinannya dan akan mendorong semangatnya untuk terus menerus berhubungan dengan
Allah SWT, sebab dengan kelemahan dirinya, ia menjadi tahu betapa Maha Kuat dan Maha Perkasanya Allah, Rabbnya.

Menurut sebuah riwayat dalam shahih Bukhari dan shahih Muslim, sesungguhnya Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ertinya :
" Perumpamaan orang mukmin ibarat sebatang pokok yang lentur diombang-ambing angin,
kadang hembusan angin merobohkannya, dan kadang-kadang meluruskannya kembali.
Demikianlah keadaannya sampai ajalnya datang. Sedangkan perumpamaan seorang
munafik, ibarat sebatang pokok yang kaku, tidak bergerak oleh terpaan apapun hingga
(ketika) tumbang, tumbangnya sekaligus. "
HR Bukhari & Muslim
Ya, demikianlah sifat seorang mukmin dengan keimanannya yang benar, dengan tauhidnya
yang bersih dan dengan sikap iltizam (commitment) nya yang sungguh-sungguh.

Tawwab Nasiyy
Ertinya : Orang yang bertaubat kemudian lupa, kemudian ingat, kemudian bertaubat.
Faid-Al Qadir 5/491.

Seorang mukmin dengan taubatnya, bererti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah Subhanahu Wa Taala, iaitu sifat yang terkandung dalam namaNya :
Al-Ghaffar ( Zat yang Maha Pengampun ).
Allah SWT berfirman; ertinya :
" Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat
serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang
diberikan kepadanya. "
Q.S Taha : 82
Apabila Diingatkan, Ia Segera Ingat.

Ertinya : Bila diingatkan tentang ketaatan, ia segera bergegas melompat kepadanya, bila diingatkan tentang kemaksiatan, ia segera bertaubat daripadanya, bila diingatkan tentang kebenaran, ia segera melaksanakannya, dan bila diingatkan tentang kesalahan ia segera menjauhi dan meninggalkannya. Ia tidak sombong, tidak besar kepala, tidak bongkak dan tidak tinggi hati, tetapi ia rendah hati kepada saudara-saudaranya, lemah lembut kepada sahabat-sahabatnya dan ramah tamah kepada teman-temannya, sebab ia tahu inilah jalan Ahlul Haq (pengikut kebenaran) dan jalannya kaum mukminin yang sholihin.

Terhadap dirinya sendiri ia berbatin jujur serta berpenampilan luhur, sedangkan terhadap orang lain ia berperasaan lembut dan berakhlak mulia, bersuri tauladan kepada insan tauladan paling sempurna iaitu Rasulullah SAW, yang telah diberi
wasiat oleh Rabbnya dengan firmanNya yang ertinya :
" Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad , engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan
pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari
dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan
terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan
mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau
telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. "
Q.S Aali Imran : 159

Inilah sifat seorang mukmin. Ini pula jalan hidup serta manhaj perilakunya.

Wallahua'lam Bisshawab

Sujud aku di kakiMu
Bersimpuh dalam lautan doa
Laa ilaaha illallaah
Memuja namaMu
Pada zikir-zikir tanpa batas

PENGUMUMAN PENTING




SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...YANG JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...

SILA LIHAT ATTACHMENT UNTUK RUJUKAN ANDA...

KALAU XBERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KT PLASTIK TU... ADA (E476

SILA FORWARD UTK MEMBER2 YG LAIN...SAMA2 KITA MENJAGA KESUCIAN ISLAM...

SEKIAN, WASSALAM

mencari atau menjadi... fikir-fikirkan


Artikel cinta ini telah disampaikan oleh saudara Adam Huud.

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

satu perkongsian

S: Apakah yang perlu dilakukan sekiranya orang yang telah bernazar telah terlupa apa yang dinazarkannya. Sebagai contoh, ‘ aku bernazar untuk berpuasa selama 3 hari sekiranya aku lulus cemerlang di dalam peperiksaan SPM akan datang”.
Sebelum ana menjawab soalan, sebaiknya ana menerangkan serba sedikit mengenai nazar bagi kita memahami apakah itu nazar.
Takrif An-nuzur adalah kata jamak bagi nazr. Dari sudut bahasa ia bererti: janji melakukan kebaikan ataupun keburukan.
Dari sudut syarak ia bererti: janji melakukan kebaikan secara khusus.
Dalam istilah fuqaha’ ia bererti: mewajibkan diri melakukan ibadat yang tidak diwajibkan oleh syarak secara mutlak ataupun ibadat yang bergantung kepada perkara lain.
Dalil disyariatkan Nazar
Dalil pensyariatan dan kewajipan melaksanakannya terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Dalam Al-Quran Allah berfirman sewaktu menyebutkan sifat al-Abrar (orang yang memenuhi janjinya):
Mereka menyempurnakan nazarnya(semasa di dunia) dan takut di hari (akhirat) yang
Azabnya di merata tempat
(Al-Insan: 7)

Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya
(al-hajj:29)

Dalam hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh bukhari (6317) daripada aisyah r.a daripada nabi s.a.w sabdanya: “Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia mentaatinya dan barang siapa yang bernazar untuk melakukan maksiat kepada-Nya maka janganlah dia melakukannya”
Baginda s.a.w juga bersabda tentang orang-orang yang tidak menunaikan nazar mereka:
“ Sesungguhnya selepas kamu akan wujud suatu kaum yang melakukan pengkhianatan dan tidak amanah menyaksikan sesuatu kejadian tetapi tidak mahu memberikan kesaksian, melakukan nazar tetapi tidak menunaikannya dan jelas kelihatan pada mereka lemak badan (kerana gemuk)”.
(Riwayat al-bukhari (2508) daripada imran bin hushain r.a)
Maksud “ jelas kelihatan pada mereka lemak badan adalah disebabkan banyak makan dan sentiasa berehat serta meninggalkan jihad. Digunakan juga sebagai sindiran terhadap perbuatan bermegah dengan perhiasan dunia.

Hukum Nazar
Nazar adalah disyariatkan dan ia termasuk ibadat. Oleh itu, para fuqaha’ menyatakan:ia tidak sah dilakukan oleh orang kafir.
Namun adalah lebih afdhal seseorang itu melakukan ibadat yang mahu dilakukannya tanpa mewajibkan perkara itu ke atas dirinya dengan menjadikannya sebagai nazar.
Sedekah yang menjadi ibadat kepada Allah secara sukarela adalah lebih afdhal daripada sedekah yang diwajibkan dengan sebab nazar.
Dalil, hadith yang dirawayatkan oleh bukhari (6234)dan muslim (1639):
Nabi s.a.w melarang daripada melakukan nazar. Sabda-nya: “ Sesungguhnya ia tidak akan menolak sesuatupun, tetapi ia hanya akan dilakukan oleh orang yang bakhil.
Maksudnya: nazar-nazar yang tergantung pada sesuatu perkara tidak akan merubah sedikit pun ketentuan qadha Allah. Ia hanyalah jalan untuk mewajibkan diri orang yang bakhil untuk melakukan infaq dan sedekah kerana dia tahu sekiranya ia tidak wajib ke atasnya disebabkan nazar, maka dia tidak mampu mengalahkan dirinya yang bakhil untuk mengeluarkan sedekah tersebut.
Syarat-Syarat Nazar

Secara ringkasnya syarat-syarat itu adalah seperti berikut.

1. Orang yang bernazar
Orang yang bernazar disyaratkan tiga perkara:
i. Islam – Tidak sah nazar orang kafir, kerana orang kafir tidak kelayakan untuk melakukan ibadat. Ini kerana ibadatnya tetao tidak sah selagimana dia kafir.
ii. Taklif – Tidak sah nazar kanak-kanak dan orang orang gila kerana kedua-duanya tiada kelayakan melakukan kewajipan. Sekiranya kedua-duanya mewajibkan diri mereka melakukan ibadat, ia tetap tidak menjadi wajib kerana mereka tiada kelayakan untuk melakukannya disebabkan tiada taklif dari sudut syarak.
iii. Sukarela – Tidak sah nazar orang yang dipaksa kerana Nabi s.a.w telah bersabda:

Tidak diperkirakan daripada umatku kesilapan, kelupaan,dan apa yang dipaksakan ke atasnya”
Riwayat Ibnu Majah(2045) dan ia telah disahihkan oleh Ibnu Hibban dan al-hakim daripada Ibnu Abbas r.a.

Hadith ini bermaksud diangkat daripada mereka hukum dan natijah daripada perkara tersebut.

2. Perkara Yang dinazarkan
Perkara yang dinazarkan hendaklah memenuhi dua syarat berikut:
i. Hendaklah Sesuatu yang dinazarkan itu berupa ibadat. Maka tidak boleh bernazar terhadap perkara yang harus iaitu perkara-perkara yang tidak menghasilkan dosa ataupun pahala apabila dilaksanakan atau ditinggalkan. Kalau seseorang bernazar untuk melakukan perbuatan yang harus ataupun bernazar meninggalkannya seperti makan dan tidur, maka dia tidak wajib melaksanakan atau meninggalkannya dan tidak dikenakan apa-apa keatasanya.

Dalilnya hadith riwayat al-bukhari (6326 ) daripada Ibnu Abbas r.a. katanya:

Sewaktu Nabi s.a.w sedang berkhutbah, tiba-tiba Baginda melihat seorang lelaki sedang berdiri, lalu Baginda bertanya tentang lelaki itu. Para Sahabat menjawab: Dialah Abi israil yang bernazar untuk berdiri dan tidak mahu duduk, tidak mahu berteduh, tidak bercakap dan terus berpuasa. Nabi s.a.w bersabda: “ Perintahkan dia untuk bercakap, berteduh, duduk dan menyempurnakan puasanya”

Baginda memerintahkan Abu Israil menyempurnakan puasanya kerana puasanya termasuk ibadat dia wajib melaksanakan apabila telah bernazar mahu melakukan.

Begitu juga tidak diperkirakan nazar pada perkara yang haram seperti membunuh dan berzina.

Begitu juga pada perkara makruh seperti bernazar untuk meninggalkan sunat rawatib contohnya. Ini kerana melakukan yang haram ataupun makruh bukanlah termasuk dalam usaha mahu mendapatkan keredhaan Allah Azzawajalla.



Rasulullah s.a.w bersabda

Tiada nazar untuk melakukan maksiat kepada Allah.
Riwayat muslim (1641)

Juga telah disebutkan hadith riwayat al-bukhari (6318) daripada Aisyah r.a. sabdanya:

“ Barang siapa yang bernazar unutk melakukan maksiat kepada Allah maka janganlah dia melakukan maksiat”

Tidak ada nazar melainkan pada perkara untuk mencari Keredhaan Allah” Riwayat Abu Daud (3273)

ii. Perkara yang dinazarkan bukanlah termasuk perkara yang sememangnya telah diwajibkan secara fardhu ain.

Kalau seseorang bernazar untuk menunaikan sembahyang zohor atau untuk mengeluarkan zakat hartanya, maka nazar ini adalah batal kerana ia tiada kesan baru terhadap perkara yang dinazarkan, kerana ia sememangnya telah diwajibkan keatas orang yang bernazar tanpa perlu kepada nazar lagi untuk menjadikan ia wajib. Jadi tiada makna untuk mewajibkannya (melalui nazar)

Kewajipan fardhu kifayah tidak termasuk dalam pengertian kewajipan fardhu ain, maka boleh bernazar dengannya. Seperti jika seseorang bernazar untuk menunaikan sembahyang jenazah ataupun mempelajari ilmu yang memang diwajibkan orang islam mempelajarinya secara fardhu kifayah seperti ilmu perubatan dan perindustrian.

Ini disebabkan nazar tadi telah mengubah perkara yang dinazarkan ini daripada peringkat fardhu kifayah kepada fardhu ain terhadap orang yang bernazar.

J: Sekiranya seseorang tersebut terlupa apa yang dinazarkan itu, seharusnya dia cuba untuk mengingatinya juga. Jika masih tidak mengingatinya juga, sebaiknya seseorang itu berijtihad dengan nilai yang lebih meyakinkannya. Sebagai contoh, seseorang itu bernazar untuk berpuasa selama 3 hari, tetapi dia telah terlupa nilai harinya, maka lebih baik baginya untuk berpuasa dengan nilai yang lebih meyakinnya, yakni dengan melebihkan sedikit jumlah hari untuk dia menunaikan puasanya sebagai contoh selama 5 hari.
Ini adalah kerana, nazar adalah hutang diantara seorang mukmin dan Allah, jadi wajib ditunaikan nazar tersebut. Namun sekiranya masih juga tidak mengingatinya setelah seseorang itu mendapat apa yang diwajibkan keatasnya (dengan nazar), maka nazar tersebut haruslah dibayar dengan kafarah yakni kafarah tersebut adalah sama seperti kafarah sumpah sebagaimana hadith sabda Rasulullah s.a.w.
“ kafarah nazar adalah sama dengan kafarah sumpah”
( Hadith diriwayatkan oleh muslim (1645) daripada uqbah bin ‘Amir r.a )

1. membebaskan seorang hamba yan beriman, lelaki atau perempuan. Hal ini dilakukan jika ada hamba.
2. Memberi makan sepuluh orang hamba faqir miskin. Setiap orang miskin diberikan secupak makanan asasi yang menjadi kebiasaan negeri tersebut. Secupak ialah kadar yang diketahui umum yang lebih kurang seberat 600 gm. Setiap orang miskin itu wajib diberikan hak milik terhadap apa yang telah disebutkan dan tidak memadai dengan menjemput mereka datang makan tengah hari ataupun makan malam ataupun seumpamanya.
3. Memberi kiswah ( pakaian ) untuk sepuluh orang faqir miskin dengan pakaian yang biasa dipakai. Secara kebiasaannya kiswah terdiri daripada baju, seluar, stokin, dan penutup kepala dalam apa bentuk apa sekalipun. Semuanya ini dinamakan kiswah.
Sekiranya dia tidak mampu untuk memenuhi mana-mana satu daripada tiga perkara ini disebabkan dia seorang yang susah maka wajib berpuasa tiga hari. Tidak disyariatkan berturut-turut bahkan dibenarkan die memisahkannya ( menyelangkan harinya )

Rujukan : Fiqhul Manhaj ‘Ala Mazhabil Imam As-Syafie’ Jilid 3 muka Surat 593 karangan Dr. Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugha dan Ali asy-Syarbaji
- Wallahu A’lam -

assalamualaikum


alhamdulillah, pagi yang penuh barokah.. dicucuri rahmat dariNYA... hujan yang turun, memberikan 1001 erti buat semua makhluk.. subhanALLAH...
apa khabar kalian hari ini? harapan dan doa, semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya...

dah lama sebenarnya tak berpeluang mengupdate blog alumni keroh ni..
masa yang ada begitu terbatas.. maafkan saya...
rindu rasanya untuk kembali ke zaman persekolahan.. bersama teman seperjuangan di SMK Keroh... 2001-2005, adalah masa yang amat bermakna... peralihan usia/alam, dari kanak-kanak kepada alam remaja.. jiwa yang selalu memberontak.. bila terkenang, malu rasanya.. teringatkan cikgu-cikgu yang banyak membantu, membina sahsiah diri... terima kasih yang tak terhingga buat kalian, kerana telah banyak mencurahkan bakti menabur budi, menyemai kasih sayang antara kita sepanjang tempoh pengajian di sana.. hanya ALLAH yang mampu membalas setiap titisan keringat, airmata, setiap saat yang antum korbankan untuk kami...

teman-teman sekalian,
Kehidupan dunia adalah jambatan menuju kea lam akhirat yang kekal abadi. Malah Rasulullah sendiri menyifatkan kehidupan didunia ibarat pengembara seperti sabda baginda yang bermaksud,
“Apalah erti dunia bagiku. Hubunganku dengan dunia ini laksana seorang pengembara yang sedang berjalan di bawah terik matahari. Tiba-tiba kelihatan sebatang pohon, lalu pengembara berteduh sejenak di bawah bayangan teduhannya. Sesaat kemudian, si pengembara akan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.” (Riwayat Tirmizi)
Luqman al-Hakim seorang ahli hikmah yang namanya tertera dalam Surah Luqman pernah ditanya oleh anaknya, “ Apakah satu benda yang paling baik dimiliki setiap orang?”
Luqman menjawab, “ Agama.”
Si anak bertanya kembali, “Jika dua?”
Ujar bapanya, “Agama dan harta.”
“Jika tiga?”
“Agama, harta dan sifat malu.”
“Jika empat?”
“Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.”
“Jika lima?”
“Agama, harta, sifat malu, akhlah yang baik dan sifat dermawan.”
“Jika enam?”
Lantas Luqman menjawab, “Wahai anakku! Jika kelima-lima perkara ini terkumpul pada diri seseorang, maka dia akan menjadi seorang yang bersih dan terpelihara ketakwaannya serta selamat daripada godaan syaitan.”
Demikianlah pandangan hidup yang realistik dan amat relevan untuk mengangkat martabat dan maruah seseorang manusia dalam kelompok masyarakatnya. Semua nilai baik itu terkandung dalam agama Islam yang harus menjadi cara hidup manusia. Dengan agama, manusia bakal memiliki kekuatan rohani, moral dan mental untuk mengharungi cabaran hidup sehingga dapat menyesuaikan diri dengan segala keadaan hidup yang penuh denagn onak dan duri.
Seorang penyair arab pernah berkata, “Alangkah indahnya hidup ini apabila terhimpun agama dan harta pada diri seseorang manusia. Dan alangkah malangnya apabila terkumpul pula kekufuran dan kemiskinan dalam diri seseorang manusia.”

6/23/2009

Sisters In Islam (SIS) diharamkan?

Muktamar Pas ke-55 yang berlangsung baru-baru ini telah membuat satu resolusi mendesak agar Sisters In Islam (SIS) diharamkan lantas ahli-ahlinya perlu menjalani proses pemulihan bagi memulihkan akidah Islamiyyah mereka yang bersifat ekstrim liberal dan sekular.

Dalam resolusi itu, Pas menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan seterusnya mengharamkan organisasi ini jika terbukti aktiviti-aktiviti mereka melanggar syariat Islam yang sebenar.

Usul pengharaman SIS itu memang sudah dijangka akan mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang menyokong, malah ramai juga yang menentang usul itu termasuk beberapa anggota Pas sendiri.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), saudara Yusri Mohamad mendesak agar SIS tidak di beri ruang yang lebih untuk publisiti. Beliau sebagai berkata dalam sebuah akhbar alternatif tidak menafikan tujuan penubuhan SIS sebagai sesuatu yang baik, malah beliau mengakui sumbangan dan peranan SIS dalam menjuarai isu-isu wanita Islam. Namun begitu, pokok kepada permasalahan SIS adalah asas kefahaman mereka yang terlihat terlalu ekstrim liberal dan ekstrim sekular. Natijahnya, pendekatan SIS dipandang sebagai bermasalah di kalangan masyarakat Islam.

Bagi pihak SIS, mereka telah mengambil tindakan dengan melancarkan petisyen bagi menentang pengharaman organisasi mereka yang telah lama beroperasi di Malaysia sejak tahun 1988 lagi, namun kemudian bergerak sebagai badan bukan kerajaan yang di daftarkan pada tahun 1993.

Dalam sebuah laporan berita arus perdana, Maria Chin Abdullah, Pengurus Senior SIS menyifatkan resolusi Pas itu sebagai prejudis, tidak demokratik dan ketinggalan. Turut menentang usul itu ialah Tun Mahathir, Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, sahabat politik dari Pakatan Rakyat, DAP dan beberapa NGO lain yang menyifatkan usul itu telah menafikan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang jelas tercatat di bawah Perkara 10 dalam perlembagaan Malaysia.

Dari perspektif yang lain, selain isu kerajaan perpaduan dan isu kepimpinan ulama vs. professional, isu pengharaman SIS ini telah menyebabkan perselisihan di dalam Pas, hatta dalam Pakatan Rakyat sendiri. Sudah tentu isu-isu ini menjadi bahan pelaris media arus perdana yang dikuasai oleh pihak kerajaan. Mahu tidak mahu, terdapat unsur-unsur politiking dalam nilai berita yang dilaporkan. Sebagai akibatnya,laporan-laporan berita yang disiarkan menggambarkan Islam sebagai agama yang mengongkong dan berfikiran sempit, walhal agama Islam itu bersifat universal.

Walaupun SIS diharamkan, namun ideologi liberalisme mereka akan terus berkembang dan berkembang. Jadi pembasmian dan penularan ideologi Islam liberal di kalangan masyarakat Islam ini harus didahulukan dan diutamakan tetapi bukan dengan cara mengharamkan pertubuhan itu. “Kalau kita mengharamkan SIS secara drastik, ia seolah-olah menutup peluang untuk berdialog dengan mereka sedangkan rangkaian mereka sangat luas dalam dan luar Negara” kata Nor Akmariyah, Naib Presiden (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Malah, ada juga yang mengesyorkan supaya SIS menukar namanya supaya agenda perjuangan mereka tidak mengelirukan umat Islam.

PKPIM UIAM tidak bersetuju dengan usul pengharaman tersebut namun kami sependapat dengan ABIM iaitu mengurangkan ruang untuk SIS mendapat liputan yang sangat luas dalam media massa. Ini adalah untuk kemaslahatan masyarakat Islam sendiri supaya tidak terkeliru dengan agenda utama SIS yang mempromosi kesamarataan gender bersandarkan kepada konsep ‘humancentric’ dalam segenap aspek.

Akibat kecewa dengan perangai manusia Islam yang tidak mengamalkan suruhan agamanya dengan betul, Islam di persalahkan sebagai agama yang menindas kaum wanita. Mana mungkin Islam itu agama yang menindas, kerana asal-usul perkataan Islam itu sendiri bermaksud selamat dan sejahtera. Selamat dan sejahtera dari sebarang bentuk ketidakadilan kepada manusia lelaki dan wanita. Dengan kata lain, Islam itu agama yang menjunjung tinggi keadilan sejagat dan mengutuk sebarang bentuk diskriminasi terhadap sesama manusia.

Betullah kata pepatah, ‘agama tidak pernah mengecewakan penganutnya, tetapi, penganut sesuatu agama itu sering kali mengecewakan agamanya.’ Marilah sama-sama kita insafi tentang peranan kita sebagai kaum Muslimin. Adakah kita membanggakan agama Islam di mata masyarakat dunia atau sebaliknya.? Persoalan inilah yang akan mengakhiri penulisan ringkas kali ini. Renung-renungkan. Wallahu’alam.