Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

7/28/2011

Ramadhan datang lagi



*UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA*

5/18/2011

SELAMAT HARI GURU



Assalamualaikum.






Alhamdulillah, masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan. Apa khabar sahabat sekalian?




Di kesempatan ini,rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik (guru,pensyarah,ustaz dan ustazah)di seluruh Malaysia amnya dan



SMK Keroh khasnya.




Semoga segala jasa dan ilmu yang dicurahkan kepada kami semua menjadi amalan sepanjang hayat kami. Betapa besarnya ganjaran guru-guru kita yang selama ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kita sejak dari kecil lagi..




Terima kasih cikgu






*UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA*

12/28/2010

NON MUSLIM AKUI KELEBIHAN PUASA


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam jagaanNYA sentiasa..


Tertarik dengan satu kolum dalam bharian online.


Jom, sama-sama kita baca.


***********
Anna Lim amal puasa, tunggang kuda dan berenang


PERTAMA kali bertentang mata dengan bekas Ratu Cantik Malaysia 1997, Datuk Anna Lim, perasaan kagum dan selesa melihatkan keperibadian wanita itu membuatkan segala-galanya menjadi begitu mudah. Pantas bekerja, profesional di dalam urusan malah dia juga seorang yang menepati masa. Namun, paling mencuri tumpuan, pastinya aset paling berharga dimiliki Lim iaitu kecantikan semula jadi.


“Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif namun percayalah, kecantikan seorang wanita pastinya akan lebih terserlah jika memiliki fikiran yang senantiasa positif,” katanya membuka rahsia.


Bagi Lim sendiri, walaupun pada usia sudah mencecah 40 tahun, dia yakin rahsia tubuhnya tidak dimamah usia bermula daripada fikirannya yang sentiasa lapang dan positif. “Itu memang diri saya. Tidak akan sekali-kali membiarkan fikiran dibebani masalah dan saya juga mempunyai perancangan masa depan yang bertindak sebagai pencetus semangat untuk saya berusaha.


“Sentiasa juga meluangkan masa bersosial kerana saya yakin, apabila hati gembira, sekali gus akan menyebabkan wajah awet muda,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Satu lagi rahsia


Lim yang juga isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Jeffrey Lim, dia sentiasa meluangkan masa menunggang kuda lima hari seminggu, bersenam atau berenang empat kali seminggu, melakukan yoga atau sekadar berjalan kaki sebagai rutin hidup. “Jika letak kereta di pusat membeli-belah sekali pun, saya akan letakkan kereta jauh dari pintu masuk kerana saya percaya, berjalan itu satu bentuk senaman yang baik untuk kesihatan,” katanya.


Percaya atau tidak, wanita berasal dari Ipoh, Perak, itu juga yakin amalan berpuasa yang diamalkan orang Islam baik untuk menyahkan toksin di dalam badan. Kerana yakin dengan amalan itu jugalah mendorong Lim berpuasa sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu sejak beberapa tahun lalu.


Selain rutin senaman, Lim juga begitu menitik berat pengambilan makanan hariannya, malah dia mengakui tidak mengambil karbohidrat dan lebih banyak mengambil makanan berdaging, sayur dan buah-buahan organik. Kesibukan dengan kehidupan peribadinya menyebabkan ibu kepada sepasang kembar berusia Dominic,8, dan Dorothea,8, dan seorang bayi angkat, Francisco, 2, ini menyediakan jadual harian.


“Saya akan pastikan saya mengikut jadual yang direncanakan kerana kadangkala 24 jam sehari pun tidak cukup untuk menguruskan keluarga dan kerjaya,” katanya yang turut sibuk dengan urusannya di dalam bidang pelaburan hartanah dan sebagai pereka hiasan dalaman. Di waktu senggang, Lim mengakui suka berhibur dan bercuti sama ada bersama suami atau teman rapat. Hobinya yang satu itu juga pencetus untuknya menyiapkan sebuah buku ‘coffee table’ berjudul Magical Moments of Malaysia, diterbitkan pada Julai lalu.


Selain itu, dia juga pernah menghasilkan dua buku bertajuk Beauty & Beyond, A Journey of a Beauty Queen pada 2005 mengisahkan perjalanannya sebagai Ratu Cantik dan Children, The Future of Tomorrow pada 2007. “Saya suka bercerita mengenai kelebihan buku terbaru yang mana dipaparkan mengenai tempat percutian terbaik di negara ini. Ia bukti betapa bangganya saya bergelar anak Malaysia. “Melalui buku itu juga anda akan dapat melihat betapa cantiknya negara ini dan perlu ditunjukkan kepada orang luar.


Malah, orang tempatan juga perlu mengambil peluang untuk meneroka negara sendiri yang kaya dengan sejarah dan kecantikan tersendiri,” katanya yang begitu suka ke The Datai, Langkawi. Bertemu bekas Ratu Cantik tanpa bercerita pengalaman menyertai pertandingan itu pasti tidak lengkap. Kata Lim, pengalaman itu memberinya banyak membantu terutama untuk meningkatkan keyakinan diri. “Tapi ia juga memori yang begitu menyeronokkan tambahan pula ketika itu saya baru berusia 20 tahun, masih mentah namun berpeluang berada di kota besar Los Angeles. “Menghadiri majlis sosial bersama selebriti Hollywood, ia peluang sekali seumur hidup yang tidak akan dialami semua orang,” katanya.


Lim, lulusan Inchbald School of Interior Design, London juga gemarkan cabaran kerana itu beliau menyertai satu lagi pertandingan Ratu Cantik khusus untuk wanita berkahwin, Mrs Malaysia World 2004 di India dan dia berada di kedudukan lima teratas. Sebelum mengakhiri perbualan, Lim yang juga sibuk dengan urusannya mengendalikan bengkel kecantikan melalui Beauty & Fashion Studio bersama rakannya, Amber Chia mengakui bengkel itu menjadi medium untuknya menyalurkan ilmu kepada wanita lain.


“Apa yang dititik beratkan di dalam bengkel ini adalah mengenai keyakinan diri kerana dengan adanya kekuatan itu, setiap orang mampu menghadapi apa saja cabaran tanpa ada sebarang masalah. “Di dalam kehidupan dunia moden ini, wanita juga sentiasa dibebani masalah mengenai keluarga, anak dan suami yang bukan saja boleh memberi tekanan kepada diri.


“Justeru, bengkel ini memupuk sikap yakin diri sekali gus merubah wanita supaya menyuntik imej baru di dalam hidup supaya lebih positif menghadapi masa depan,” katanya.



*UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA*

12/15/2009

JAWATAN KOSONG

Jawatan Kosong Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta Dikemaskini pada 15/12/2009

Maklumat lanjut, sila layari http://jobless.my

Antara Kekosongan adalah seperti berikut:

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2009/12/15 KEDAH

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) 2009/12/15 KUALA LUMPUR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) 2009/12/15 KELANTAN

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Kementerian Kerja Raya (KKR) 2009/12/14 ACROSS MALAYSIA

PELBAGAI JAWATAN KOSONGK
OLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH) 2009/12/14 JOHOR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Majlis Daerah Lenggong (MDL) 2009/12/13 PERAK

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) 2009/12/13 KUALA LUMPUR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
PROTON 2009/12/13 SELANGOR

DAN BANYAK LAGI!!!!
Untuk Ringkasan Jawatan, sila layari http://igotjobhere.blogspot.com

UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN SESIAPA YANG BERKENAAN... SEMOGA BEROLEH MANFAAT.. (^_^)

6/23/2009

Sisters In Islam (SIS) diharamkan?

Muktamar Pas ke-55 yang berlangsung baru-baru ini telah membuat satu resolusi mendesak agar Sisters In Islam (SIS) diharamkan lantas ahli-ahlinya perlu menjalani proses pemulihan bagi memulihkan akidah Islamiyyah mereka yang bersifat ekstrim liberal dan sekular.

Dalam resolusi itu, Pas menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan seterusnya mengharamkan organisasi ini jika terbukti aktiviti-aktiviti mereka melanggar syariat Islam yang sebenar.

Usul pengharaman SIS itu memang sudah dijangka akan mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang menyokong, malah ramai juga yang menentang usul itu termasuk beberapa anggota Pas sendiri.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), saudara Yusri Mohamad mendesak agar SIS tidak di beri ruang yang lebih untuk publisiti. Beliau sebagai berkata dalam sebuah akhbar alternatif tidak menafikan tujuan penubuhan SIS sebagai sesuatu yang baik, malah beliau mengakui sumbangan dan peranan SIS dalam menjuarai isu-isu wanita Islam. Namun begitu, pokok kepada permasalahan SIS adalah asas kefahaman mereka yang terlihat terlalu ekstrim liberal dan ekstrim sekular. Natijahnya, pendekatan SIS dipandang sebagai bermasalah di kalangan masyarakat Islam.

Bagi pihak SIS, mereka telah mengambil tindakan dengan melancarkan petisyen bagi menentang pengharaman organisasi mereka yang telah lama beroperasi di Malaysia sejak tahun 1988 lagi, namun kemudian bergerak sebagai badan bukan kerajaan yang di daftarkan pada tahun 1993.

Dalam sebuah laporan berita arus perdana, Maria Chin Abdullah, Pengurus Senior SIS menyifatkan resolusi Pas itu sebagai prejudis, tidak demokratik dan ketinggalan. Turut menentang usul itu ialah Tun Mahathir, Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, sahabat politik dari Pakatan Rakyat, DAP dan beberapa NGO lain yang menyifatkan usul itu telah menafikan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang jelas tercatat di bawah Perkara 10 dalam perlembagaan Malaysia.

Dari perspektif yang lain, selain isu kerajaan perpaduan dan isu kepimpinan ulama vs. professional, isu pengharaman SIS ini telah menyebabkan perselisihan di dalam Pas, hatta dalam Pakatan Rakyat sendiri. Sudah tentu isu-isu ini menjadi bahan pelaris media arus perdana yang dikuasai oleh pihak kerajaan. Mahu tidak mahu, terdapat unsur-unsur politiking dalam nilai berita yang dilaporkan. Sebagai akibatnya,laporan-laporan berita yang disiarkan menggambarkan Islam sebagai agama yang mengongkong dan berfikiran sempit, walhal agama Islam itu bersifat universal.

Walaupun SIS diharamkan, namun ideologi liberalisme mereka akan terus berkembang dan berkembang. Jadi pembasmian dan penularan ideologi Islam liberal di kalangan masyarakat Islam ini harus didahulukan dan diutamakan tetapi bukan dengan cara mengharamkan pertubuhan itu. “Kalau kita mengharamkan SIS secara drastik, ia seolah-olah menutup peluang untuk berdialog dengan mereka sedangkan rangkaian mereka sangat luas dalam dan luar Negara” kata Nor Akmariyah, Naib Presiden (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Malah, ada juga yang mengesyorkan supaya SIS menukar namanya supaya agenda perjuangan mereka tidak mengelirukan umat Islam.

PKPIM UIAM tidak bersetuju dengan usul pengharaman tersebut namun kami sependapat dengan ABIM iaitu mengurangkan ruang untuk SIS mendapat liputan yang sangat luas dalam media massa. Ini adalah untuk kemaslahatan masyarakat Islam sendiri supaya tidak terkeliru dengan agenda utama SIS yang mempromosi kesamarataan gender bersandarkan kepada konsep ‘humancentric’ dalam segenap aspek.

Akibat kecewa dengan perangai manusia Islam yang tidak mengamalkan suruhan agamanya dengan betul, Islam di persalahkan sebagai agama yang menindas kaum wanita. Mana mungkin Islam itu agama yang menindas, kerana asal-usul perkataan Islam itu sendiri bermaksud selamat dan sejahtera. Selamat dan sejahtera dari sebarang bentuk ketidakadilan kepada manusia lelaki dan wanita. Dengan kata lain, Islam itu agama yang menjunjung tinggi keadilan sejagat dan mengutuk sebarang bentuk diskriminasi terhadap sesama manusia.

Betullah kata pepatah, ‘agama tidak pernah mengecewakan penganutnya, tetapi, penganut sesuatu agama itu sering kali mengecewakan agamanya.’ Marilah sama-sama kita insafi tentang peranan kita sebagai kaum Muslimin. Adakah kita membanggakan agama Islam di mata masyarakat dunia atau sebaliknya.? Persoalan inilah yang akan mengakhiri penulisan ringkas kali ini. Renung-renungkan. Wallahu’alam.